Warung Aghniya

Arkib Perantau Lawas

Friday, July 24, 2009

Mencipta Fail Format PDF




Kini kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan dihasilkan secara elektronik.Diantara format yang paling popular untuk menghasilkan dokumen elektronik ialah format PDF ataupun Portable Document Format,dengan menggunakan format ini,ianya boleh dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal seperti Microsoft Word,Wordpad dan lain-lain.

Antara kelebihan penghasilan dokumen ke format pdf ialah dapat melindungi dokumen asal (dokumen penting seperti resit bayaran) daripada disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Anda boleh mendapatkan perisian penghasilan dokumen pdf secara percuma di internet,

di antara perisian percuma yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan dokumen pdf adalah doPDF yang boleh dipindah turun dari www.dopdf.com.

Cara penggunaan perisian doPDF sangat mudah,ianya boleh dicapai dengan menggunakan arahan ‘print’.

Berikut adalah langkah menggnukana perisian doPDF :

1 - Buka dokumen yang hendak diubah


2- Klik pada ‘file’ dan pilih arahan ‘print’, ataupun boleh juga menggunakan shortcode ‘Ctrl + P’ (tekan serentak).


3 - Pilih printer yang bernama doPDF v6,tekan ok.


4 - SelesaiDokumen sudah diubah formatnya ke format pdf, anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail pdf yang telah dihasilkan.


Perisian ini boleh diperolehi secara percuma di www.acrobat.comSelamat Mencuba!
written by : zanuara

Thursday, July 23, 2009

Tips Memilih Kamera Digital


Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita.Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga cameraman yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian. Memahami Keperluan Megapixel Kamera Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar. Apa itu megapixel? Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna.Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus. Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa

Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nikkor, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nikkor oleh kamera Nikon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarang ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor

Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200. Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.

Image Processor

Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan

Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.Saiz dan Rekabentuk Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA

Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.
Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.

Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.


Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.


Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.


Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.

Orang Dulu & Orang Sekarang


Orang dulu-dulu bimbang tiada makanan. Jadi mereka membela ayam, itik, bercucuk tanam sekeliling rumah dari jagung, ubi, sayur selain betik, jambu, dan sebagainya.Orang sekarang bimbang tiada duit. Jadi mereka bekerja mencari dan mengejar wang ringgit untuk menukarkannya dengan semua keperluan dari seinci kunyit, lengkuas, serai hinggalah sebiji dua cabai burung.Walau apapun, pastikan setiap makanan yang disuap ke mulut kita dan tanggungan adalah halal.
Lebat. Dari pokok tepi rumah sepupu ambo.Sayang belum masak.
Posted by CIKGU PANJI

Wednesday, July 22, 2009

Kenduri Kesyukuran Warga Perantau 2009


Bagus betul la abang2 kita ni,pemuda soleh betul la...lepas makan basuh pinggan sendiri,sejuk hati para isteri.

Kelihatan Ustaz Mohamad,Ustaz Ahmiyudin dan Ustaz Aziz sedang berbincang tentang masa depan dan nasib masyarakat Lawas,ceewah.ada bakat jadi pemimpin ni.teruskan bro.



Haaa..ni lah hero masakan kita.Ustaz Wan Nasrun mmg antara pakar memasak di Lawas.Lepas ni resipi apa pulak Ust Wan?Tanya Cikgu Rabuan sambil mencekak pinggangnya.dulu masuk silat cekak harimau ni.


Serius benar Ustaz Abu Hasan memberi info tentang Lawas kpd sahabat kita yang baru sampai ke Lawas,tolong ushar la Ustaz kot2 cik abang kita tu dh ada "jodoh" ke blum.Muslimat kita banyak yang cun2 ni.Bleh la masuk meminang.Geng PERANTAU tumpang pahala jer.I-Allah





Antara Muslimat PERANTAU yang memang rajin dan pemurah dalam senyuman,Ustazah Azila sentiasa bersemangat setiap kali ada program PERANTAU,teruskan sis.

Thursday, July 16, 2009


Virtual Pet Fish

Renungan Buat Kita Semua

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit. Kes mana yang kita kejarkan dulu?
Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? Lagipun, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidup tak pernah keluar zakat?Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-keru perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni Apahal mamat ni diam je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki tu. "Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!"Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu."Dan maafkan anak-anak saya tu." Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."Kemudian dia sambung lagi:"Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan."Apa rasa kita masa itu?Sebab itulah bila teringat ayat Quran mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!Bagaimana dengan anda? Wallahualam.Semoga dpt diambil iktibar dr artikel ringkas ini, insya Allah...

Wednesday, July 15, 2009

Kursus Solat Bersama Ustaz Zaharuddin


Ustaz Sufian dan Ustaz Mazlan mengiringi Ustaz Zaharuddin (Penceramah) menyampaikan sijil kepada para peserta.


Ustaz Mazlan (kiri) bergambar bersama Ustaz Ruslimin sahabat perantau kita dari Sabah (Beaufort).Ustaz Ruslimin ni orang kuat juga di Beaufort.Sesiapa nak belajar ilmu batin(Rawatan Cara Islam) bleh la kontek dia.



Para peserta kursus khusyuk mendengar ceramah.





Ustaz Zaharuddin ( Penceramah ) bergambar bersama Hulubalang Perantau Lawas.

Ustaz Zaharuddin ( Penceramah ) bergambar bersama Hulubalang Perantau Lawas.




Tuesday, July 14, 2009

Kenduri Kesyukuran Warga PERANTAU Lawas 2009


Ikrar : "Kami Warga Muslimah PERANTAU sentiasa menyokong penuh segala aktiviti PERANTAU Lawas"

Antara tulang belakang aktiviti PERANTAU,mereka sentiasa bersiap siaga menabur jasa dan bakti,terima kasih buat kalian.nanti tolong lagi ya


Program menghiris daging kerbau oleh jejaka2 PERANTAU Lawas.Patut la sedap gulai kerbau tu,ada baca2 ke bang.


Khusyuk betul geng kita mendengar taklimat dan amanat dari Ustaz Suhaimi dan Ustaz Mazlan.





Barisan Hulubalang PERANTAU Lawas
"Usahkan Keringat dan Kudrat yang dipinta,darah merah pun kami rela ia mengalir,asalkan agama Allah bertunjang tegak di Bumi Allah ini"
Maha Suci Allah yang mengatur kejadian di langit dan di bumi serta apa2 yang ada di antara keduanya.Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkan hati kami di atas agama-Mu.Amiiiiin





































Tree By Amir Muhammad

e-mail warga perantaulawas