Warung Aghniya

Arkib Perantau Lawas

Tuesday, October 13, 2009

Ramah Tamah Aidilfitri 2009


Jejaka-jejaka hensem sdg menyediakan menu istimewa "manok pansoh" yg diketuai oleh Ustaz Asmawi.

"Manok Pansoh" tu ialah ayam yg dimasak di dalam buluh" kata Ustaz Hisyam

Mari main Meriam Buluh..he he he

Serikandi-serikandi Perantau yg turut menjadi tulang belakang dlm menjayakan aktiviti Ramah Tamah Aidilfitri...trimas Sis

Ketuanya tentulah Ustazah Hasmah yang sentiasa senyum jer...dikenali juga dgn nama manja "Kak As"..Oh Kak As..baktimu masih diperlukan di bumi Lawas ni,jangan pindah dulu ya.


Thursday, September 10, 2009

Jangan menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Jangan menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".


SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintahAllah s.w.t.

SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta.
Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.
Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya."Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk.Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! "

Nor Aznita binti Mohd Sani
Pembantu Tadbir (P/O)
Bahagian Pengurusan Prestasi & Peningkatan Kerjaya
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
UiTM Shah Alam
Tel : 03-55443047
Emel : aznita087@salam.uitm.edu.my



Monday, August 31, 2009

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _

Petrol RON95 RM1.80 seliter, RON97 RM2.05 seliter esok

KUALA LUMPUR: Mulai esok, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.

Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.


Sunday, August 30, 2009

Adham Alfarabi Besuara

LIMA PULUH TAHUN TAHUN TERANG BULAN TERBARAI KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon. Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi
saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64). Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak. Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan
ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut. Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan. Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam
panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi. Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas. Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM. Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora. Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi
pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini. Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon. KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas
fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang. BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957. BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen) BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah
British. BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku. BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri. Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan. Justeru jangan hairan
kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet. United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak. Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah
kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo. Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku. Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT) Nota: Tulisan ini telah pernah disiarkan dua tahun lalu - ianya bebas di ambil untuk
memecah mitos dan memajukan fikrah melayu. ( dipetik dari Tukar Tiub - Hisham Rais ) --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Download file-file grup kito di: http://www.kersumanyata.com/hi/ Untuk panduan upload, hantarkan email kosong ke hi@kersumanyata.com, auto responder akan jawab dalamasa 3 minit -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---


Free Palestine






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah Ya Tuhan kami,selamatkanlah saudara kami di Palestin.
Bebaskan dan Merdekakan mereka dr kerakusan dan keganasan Israel.
Ya Allah yang tuhan kami, suburkanlah cinta kami kepada Agama-Mu Ya Allah,dan janganlah kami diuji seperti mana saudara kami di Palestin diuji Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Berkatilah perjalanan hidup kami dan matikanlah kami dalam iman.
Sesungguhnya kami bersyukur terhadap-Mu Ya Allah.Negara Malaysia yang kami cintai sentiasa di dalam rahmatmu Ya Allah.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52 Buat Sahabat Perantau Lawas



Warna-Warni Hari Merdeka






Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Perbezaan Jantina Semasa Makan Tengahari.



Lelaki:

1. Waktu rehat, jalan ke tempat makan;
2. Sampai kedai makan, masuk;
3. Ambik Pinggan;
4. Letak nasi;
5. Letak lauk;
6. Ke kaunter untuk bayar nasi dan minuman sekali;
7. Makan;
8. Habis;
9. Balik pejabat; atau
10. Terus ke surau


Perempuan:

1. Waktu rehat, jalan ke kedai makan;
2. Perhatikan orang waktu jalan;
3. Sempat mengumpat dulu;
4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki;
5. Tengok baju orang lain, terutama yang cantik dari baju sendiri;
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dahulu;
7. Ramai orang, cari kedai lain;
8. Jalan lagi;
9. Dah puas hati.. masuk;
10. Survey lauk dulu, 2 3 minit;
11. Cari-cari pinggan, ambik pinggan;
12. Belek-belek pinggan, bersih atau tak bersih? ..eeeeiiii;
13. Dah puas hati, ambik nasi;
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit;
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali;
16. Buang balik nasi, banyak..;
17. Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi.. (tinggal sejemput);
18. Godek-godek sikit nasi dalam pinggan 2 minit;
19. Carik lauk, survey dulu keliling meja, tengok sana, tengok sini;
20. Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit;
21. Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi;
22. Jenguk lagi? Sambil tu tengok-tengok orang, jeling-jeling;
23. Ambil lauk;
24. Pusing lagi;
25. Carik sayur pulak!;
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit;
27. Ke kaunter bayaran;
28. Tengok-tengok nasi dalam pinggan;
29. Berbisik dengan kawan “alamak banyak la aku ambik”;
30. Sampai depan kaunter, “berapa?”;
31. Bukak dompet.. belek-belek celah kad-kad bank, celah kad-kad nama, celah gambar-gambar..;
32. Keluarkan duit;
33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal);
34. Tutup dompet, ambik nasi;
35. Tinjau-tinjau tempat duduk;
36. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!;
37. Cari tempat duduk lain;
38. Jumpa, duduk..;
39. Alamak, air tak order lagi;
40. Tinjau-tinjau, cari orang order air.. sambil tangan betulkan tudung;
41. Order air;
42. Bangun;
43. Ambik sudu;
44. Duduk;
45. Bangun;
46. Ambik Tisu;
47. Duduk;
48. Air sampai;
49. Belek dompet (Step tadi);
50. Bayar;
51. Tutup;
52. Minum air;
53. Start makan;
54. Tengok-tengok orang sambil makan;
55. Makan separuh.. kenyang;
56. Sebab dah minum air;
57. Letak sudu, letak garpu;
58. Pinggan tolak tepi;
59. Borak-borak kata makanan tak sedap;
60. Ngumpat-ngumpat.. tengok orang;
61. Pukul 2, naik pejabat;
62. Ambik beg make-up, pergi surau!!!

Patutlah perempuan lebih kompleks dari lelaki dari segi emosi…
Imam Khalid-soleh.net

Qada' Puasa / Bayar Fidyah / Ukuran Cupak



Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?
Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

Persoalan seterusnya, sila isi ruangan komen di bawah untuk dibincang bersama.

Wallahu a’lam.

Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):

1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

Saturday, August 29, 2009

Kenali Tayar Kenderaan Anda



Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

PANAS ENJIN: KEPERLUAN ATAU MITOS?


sy just copy n paste mnde ni dr sebuah blog.. bg pndpat sikit geng2 Perantau Lawas... ada rasional gak kata2 penulis ni...

PANAS ENJIN: KEPERLUAN ATAU MITOS?
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim denganhampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama adapemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal dansebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan padawaktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.. Adayang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah,sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegehmasuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya.Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untukmemastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnyasekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar?Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yangpandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu diJPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak adabelajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk inidi dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkanpemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telahdilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua startpanaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalandatuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagisebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, guapula ikut panaskan enjin kereta.. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebabgua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangunlambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan?Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijaklaksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan diMalaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alamsekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang,pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah.Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkanpemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukandi Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranyasudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak bolehdibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

TheCanadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yangterbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhupersekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankanenjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelummeluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ?Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start keretaterus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa diFord, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best attheir design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu,operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhuenjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orangdi dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atauterpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya ataudengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiatmemanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura(idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah.Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukandengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepadadinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun kedinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada didinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akanmengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya.Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahanke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyakpelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu,tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Iaakan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidakberada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian iaakan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Padawaktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dariekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalamikehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yangsejuk.. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Inimenyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yangmana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan padamasa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakanCatalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pungua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untukmengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaransebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponenini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida,mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakanhidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dansebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen iniialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun,masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling),komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapatmencemarkan udara.. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yangsangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindakmenukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yangkurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen inicepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orangperlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lamaenjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama jugaCatalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apaagaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudahmengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tigakesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alamsekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkanmemanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin jugaada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjinditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkinsehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponenyang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kitamula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untukmemanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naikdan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Yaperkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiapenjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyakpelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft.Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan apiberpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalamanenjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orangperlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura(idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktupagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidakdiketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlahsatu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri puncukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahukalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalauboleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat.Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti duatiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapienjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang bolehmembantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan apiadalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak.Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengantelefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tungguanak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin.Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah bolehmenyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziranwang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkanenjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampumenjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasanjutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?


(kredit kpd penulis=pipiyapong)

SOCH vs DOCH





SOCH vs DOCH.. mana yang lebih baik. lebih tahan dan ekonomi?

SOHC = good low end power
DOHC = good high end power
Pengguna Enjin SOHC
1. HONDA : Honda City / Honda Sivic 1.8 / Honda Accord 2.0 ( Model Low Line ), bagi pendapat aku Honda guna enjin SOCH utk jimatkan kos.Cth : Honda City adalah lcc ( low cost car ) dr Syarikat Honda.
Klu sohc bgs knp dorg x guna utk keta2 high line dorg ?Ni antara strategi pemasaran syarikat HONDA.Kadang2 kita lebih minat pd nama HONDA jer bkn pd perfomen dia.Apa pun tepuk dada tanya selera kita.Jgan lupa buat perbandingan dgn keta2 tempatan yg tk kurang hebatnya.
Bagi peminat kereta sila tinggalkan komen anda.

Bas Sekolah Yang Tak Naik Tambang...Hi hi hi



Kesian...kalu ada bas macam ni kat lawas bagus jugak,jimat skit parents kat sini ha ha ha ha.syukurlah masa kita sekolah dulu2 pun negara kita dah canggih skit.Alhamdulillah


Modifikasi Syirik? Meh Kita Hayati Bersama




modifikasi yg tak wujud dlm arena permotoran di Malaysia.... cuma ingin tahu agar kita tak ketinggalan terus apa yg mat saleh bikin...sesapa tahu.....ble le criter sbb aku pun tak tau.... salah satu engine super charge.... yg di sogok2 dlm citer FAST AND FURIOUS...

Enjin Turbo
Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin dengan mengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin.

Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.
Udara yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.

Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga 30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin, satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang. Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan berlalu.

Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).

Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik, enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda. Dengan ini anda kini telah tahu serba sedikit berkenaan enjin turbo. Sekian sahaja dari saya. Wasallam.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

Friday, August 28, 2009

Puasa Tak Berkesan-Di Mana Silapnya?



" Seorang penjual ubat akar kayu warga emas kelihatan ceria dan wajah berseri bersih, seola-olah baru pulang dari mengerja haji. Bibirnya kumat kumit membaca sesuatu sambil tangannya meracit akar kayu yang sudah kering untuk dijadikan ubat. Walaupun premisnya cuma di kaki lima, namun dia bersyukur kerana dapat mencari rezeki halal untuk menyara dirinya.

Tiga orang lelaki berpakaian kemas tiba-tiba menuju ke tempat orang tua itu untuk mencari ubat dari jenis herba yang banyak disusun di hadapannya.

Sambil memilih bungkusan kecil yang mengandungi akar kayu, tiba-tiba tergetus hati salah seorang dari mereka untuk bertanya kenapa puasa Ramadan yang dikerjakan setiap tahun semacam tidak mendatangkan apa-apa perubahan kepada dirinya, seolah-olah ibadat puasa seperti adat sahaja.

Sambil merenung ke dalam wajah pemuda itu, orang tua yang berpakaian selekeh itu tersenyum kecil lalu menjawab:

1. Ramadan sepatutnya disambut oleh umat Islam dengan perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadilat yang tidak terdapat pada bulan lain, tetapi kamu menerima kedatangannya seperti meneri kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yang bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu

2. Kamu menyambut Ramadan kononnya, tapi fokus utama kamu ialah hari raya.

3. Umat Islam tahu Ramadan bulan penuh keberkatan, tapi terlalu jarang yang sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil untuk mendapatkannya.

4. Ramadan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin. Tapi kamu langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kamu melihat mereka seperti sampah di tepi jalan.

5. Kamu berpuasa sehari suntuk tanpa meyentuh makanan. Tapi semasa berbuka kamu menyendatkan perut kamu yang kosong itu dengan anika jenis makanan dan minuman yang jarang kamu hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar menjadi pesta mengisi perut untuk memenuhi nafsu makan kamu yang haloba.

6. Mengimarahkan masjid dengan pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadilatnya, tapi kamu menghabiskan waktu di pasar Ramadan dan gedung membeli belah sehingga larut malam.

7. Sejak awal pagi kamu sibuk dengan aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dengan aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadan sampai di penghujung sedangkan kamu masih tamak mengejar keuntungan perniagaan yang hanya dapat diraih dalam bulan Ramadan sahaja.

8. Ramadan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, tetapi kamu berbelanja berlipat kali ganda berbanding dengan bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan untuk menyedia makanan yang lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kepada persiapan untuk menyambut hari raya.

9. Tujuan syarak mewajibkan berpuasa adalah supaya kamu berkungsi pengalaman perit tanpa makan dengan mereka yang hidup melarat akibat kemiskinan atau ditimpa bencana, tapi perasaan tersebut langsung tidak meresap ke dalam jiwa kamu. Sebaliknya sikap tamak dan bakhil kamu terus menebal sehingga menganggap mereka yang datang meminta sedikit pertolongan dan sumbangan kepada kamu, sebagai menyusahkan kamu. Jika pun kamu menghulur sumbangan, pemberian kamu adalah dengan berat hati dan menunjukkan muka yang masam tanda tidak ihklas.

10. Kamu mengadakan majlis berbuka puasa di rumah atau di hotel lima bintang dengan juadah yang mewah dan mahal. Tamu undangan kamu terdiri dari rakan bertaraf orang kenamaan dan kaya, sedang jiran kamu yang daif dan miskin tidak termasuk dalam senarai undangan. Kamu sebenarnya melakukan ibadat tersebut dalam keadaan riya’.

11. Kamu mengunjungi masjid untuk menunaikan solat terawih berjamaah sebagai menunaikan kegiatan qiyamullail di bulan Ramadan, namun dalam hati sering merungut bacaan imam yang panjang kerana tidak mahu menghabiskan masa yang panjang di masjid rumah Allah.

12. Ramadan melatih kamu supaya bersabar, tetapi semasa memandu, tindak tanduk kamu ternyata hilang sabar. Tangan kamu menekan horn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain mengganggu kelancaran kenderaan kamu sambil mulut menyumpah-nyumpah.

Setelah selesai menjawab, orang tua itu meminta maaf jika jawapannya itu menyinggung perasaan tiga lelaki tersebut. Tanpa membeli ubat, mereka terus beredar kerana pil pahit yang diberi percuma oleh penjual ubat itu sudah cukup untuk merawat ibadat puasanya yang sekian lama terjejas.

7 Ayat Cinta



Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

* Anda sebarkan @ forwardkan pada

semua kenalan anda. sabda Rasulluah

siapa yang menyampaikan satu ilmu dan

orang yang mengamalkannya maka dia

akan beroleh pahala walaupun sudah

tiada.

Rahsia Solat Awal Waktu



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru
muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh
dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam
pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap
oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka
yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam
Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah
di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya
ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam
menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya
..."

Thursday, August 27, 2009

Antara RON 95 & RON 97


Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?
DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan membaca kosmo.com.my?




Wednesday, August 26, 2009

Bagaimana berdepan dengan kritikan?

Bagaimana berdepan dengan kritikan?
Allah Yang Maha Mencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak berakal dan tidak tahu diri. Sebab itu, anda dan kita semua adalah manusia yang selalu terlanjur dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang sentiasa memberi, mengelokkan, mempengaruhi dan berusaha membina maka anda biasanya menerima kritikan-kritikan yang pedas dan keras. Mungkin pula, sekali-sekala anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.





Mereka tidak akan diam diri mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah-tengah mereka maka akan tetap ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur anda gersang.
Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan manusia tidak akan menendang anjing yang sudah mati. kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah laku, atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka adalah orang berdosa yang tidak boleh diampunkan hingga anda melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai mulia yang selama ini anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka inginkan berlaku pada anda.
Sebab itu, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan:
1. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka
2. Bersikaplah bagai batu batan, tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.
Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan atau cemuhan mereka, bermakna anda sudah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda.
Padahal yang terbaik adalah menjawab atau membalas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka, dan jangan sekali-sekala merasa tertekan dengan setiap usaha mereka untuk menjatuhkan anda. Kerana kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan pujian dan ungkapan penghormatan untuk anda. Bertambah tinggi darjat dan kedudukan yang anda duduki maka bertambah pedas pula kritikan yang anda terima.
Bagaimanapun anda akan sukar untuk mendiamkan mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang anda mampu hanyalah mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka, mengetepikan tingkah laku mereka pada anda, dan cukup membalas tiap-tiap perkataan mereka sebagaimana yang disuruh oleh Allah :
" Katakanlah ( wahai Muhammad): ' Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu'."
(Surah Ali Imran :119)
Lebih elok lagi jika anda dapat memasukkan cebisan-cebisan daging ke mulut mereka supaya mereka diam seribu bahasa dengan cara membanyakkan keutamaan, mengelokkan akhlak dan memperbetulkan tiap-tiap kesalahan anda. Dan jika anda ingin diterima oleh semua pihak, disukai semua orang, dan terhindar dari cela, bermakna anda sudah menyukai sesuatu yang mustahil berlaku dan mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai..
(Edit drpd Don't Be Sad: 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni)
Posted by Ummuwafa at 6:12 AM 0 comments
Labels: Motivasi


Sunday, August 23, 2009

Bila Al Quran Mula Bersuara



Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Posted at 10/23/2004 9:13:59 am by abgfwz

Tree By Amir Muhammad

e-mail warga perantaulawas