Warung Aghniya

Arkib Perantau Lawas

Wednesday, August 26, 2009

Bagaimana berdepan dengan kritikan?

Bagaimana berdepan dengan kritikan?
Allah Yang Maha Mencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak berakal dan tidak tahu diri. Sebab itu, anda dan kita semua adalah manusia yang selalu terlanjur dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang sentiasa memberi, mengelokkan, mempengaruhi dan berusaha membina maka anda biasanya menerima kritikan-kritikan yang pedas dan keras. Mungkin pula, sekali-sekala anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.





Mereka tidak akan diam diri mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah-tengah mereka maka akan tetap ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur anda gersang.
Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan manusia tidak akan menendang anjing yang sudah mati. kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah laku, atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka adalah orang berdosa yang tidak boleh diampunkan hingga anda melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai mulia yang selama ini anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka inginkan berlaku pada anda.
Sebab itu, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan:
1. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka
2. Bersikaplah bagai batu batan, tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.
Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan atau cemuhan mereka, bermakna anda sudah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda.
Padahal yang terbaik adalah menjawab atau membalas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka, dan jangan sekali-sekala merasa tertekan dengan setiap usaha mereka untuk menjatuhkan anda. Kerana kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan pujian dan ungkapan penghormatan untuk anda. Bertambah tinggi darjat dan kedudukan yang anda duduki maka bertambah pedas pula kritikan yang anda terima.
Bagaimanapun anda akan sukar untuk mendiamkan mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang anda mampu hanyalah mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka, mengetepikan tingkah laku mereka pada anda, dan cukup membalas tiap-tiap perkataan mereka sebagaimana yang disuruh oleh Allah :
" Katakanlah ( wahai Muhammad): ' Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu'."
(Surah Ali Imran :119)
Lebih elok lagi jika anda dapat memasukkan cebisan-cebisan daging ke mulut mereka supaya mereka diam seribu bahasa dengan cara membanyakkan keutamaan, mengelokkan akhlak dan memperbetulkan tiap-tiap kesalahan anda. Dan jika anda ingin diterima oleh semua pihak, disukai semua orang, dan terhindar dari cela, bermakna anda sudah menyukai sesuatu yang mustahil berlaku dan mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai..
(Edit drpd Don't Be Sad: 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni)
Posted by Ummuwafa at 6:12 AM 0 comments
Labels: Motivasi


No comments:

Post a Comment

Tree By Amir Muhammad

e-mail warga perantaulawas