Warung Aghniya

Arkib Perantau Lawas

Saturday, August 8, 2009

Gerbang terbaik Windows 7



SELEPAS beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7.

Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran.

Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.

Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi.Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.


Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:

Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuhTaskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka.

Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya

Pembaharuan desktopIa memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.

Carian WindowsWindows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.

Internet Explorer 8Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'
Pengurusan perkakasan lebih baik.Kalau dulu, sebarang ikon di My Computer agak 'kosong' tanpa grafik namun dengan keupayaan Windows 7 baru, ia mampu mengecam perkakasan yang disambungkan ke PC.

Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video.

Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.

Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI).

Menurut nama yang tidak asing dalam bidang komputer iaitu Bill Gates ketika mengulas mengenainya berkata Windows 7 bermaksud jika anda beralih dari satu PC ke PC yang lain, anda perlu memasang aplikasi satu demi satu serta mengemaskini setiap satunya."Memindahkan maklumat sangat leceh namun ia boleh diselesaikan menggunakan Perkhidmatan Live untuk mengetahui kemahuan anda. "Jadi, walaupun anda menggunakan kios atau menumpang PC seseorang, kami boleh membawa laman web anda, fail anda, jenis tulisan anda, kegemaran anda dan apa saja.

Jadi itulah bentuk perkara berpusatkan pengguna yang Perkhidmatan Live boleh lakukan," katanya.Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.

Sejauh manakah kita mampu menerimanya?

No comments:

Post a Comment

Tree By Amir Muhammad

e-mail warga perantaulawas