Warung Aghniya

Arkib Perantau Lawas

Monday, August 10, 2009

Mat Laga: Bagai Mak Nenek


TERGELAK dibuatnya apabila seorang rakan Mat Laga menceritakan mengenai sikap perempuan. Katanya, dia hairan kerana kebanyakan perempuan suka bercerita panjang berjela walaupun cerita itu boleh diringkaskan.
Katanya, bukannya setakat muak mendengar topik yang sama berulang kali, tetapi apabila mula buka mulut, cerita disampaikan kawan itu terlalu terperinci hingga tak tahu bila hendak sampai ke penghujungnya.

“Aku bukan tak suka berkawan dengan dia, tapi letih mendengar celotehnya. Apabila bercerita, satu persatu dijelaskan macam mak nenek. Satu cerita mengambil masa untuk difahami, penat menanti kesudahannya,” katanya.

Kata kawan Mat Laga, perempuan juga bersusah payah memikirkan sekecil-kecil masalah hingga pening kepala.La baru tahu ke? Bagi Mat Laga, itulah beza di antara lelaki dan perempuan.

Sebab itulah mereka lebih banyak bercakap dan bagi kita lebih banyak jadi pemerhati.

Tapi, kawan Mat Laga tak puas hati dengan kenyataan Mat Laga kerana dianggap membela kaum wanita.

Katanya, dia juga kurang senang dengan sikap sebilangan wanita yang suka bertanya macam-macam. Semua benda mereka nak tahu dan nak korek. Kalau pertanyaan biasa saja tidak mengapa, ini tidak, habis dia soal siasat. “Kalau bercakap, banyak betul hujah dan fakta.

Kalau dilayan bersembang, esok pagi pun tak habis,” katanya. Mat Laga akur dan cukup faham apa yang disampaikannya kerana hal orang perempuan terlebih cakap ni bukan benda baru, sampai Mat Laga rasa dah tak larat menegur sikap mereka itu.

Jadi, apabila berdepan dengan perempuan sebegini, Mat Laga ada cara tersendiri.

Untuk menyejukkan hati, Mat Laga pujuk diri dan minda dengan berkata pada diri sendiri, kalau tak ada perempuan, tak cerialah suasana. Biarlah mereka berkicau kerana itulah penyeri kehidupan.

Bayangkan kalau mereka semua senyap saja, sunyi pulalah alam ini.


*p/s : cerita di atas tdk berkenaan dgn yg masih hidup/yg sdh meninggal.hanya cebisan ringkas sekadar tatapan bersama.cerita ini disedut dr myMetro.

No comments:

Post a Comment

Tree By Amir Muhammad

e-mail warga perantaulawas